Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Hi...Hi... Hi....

Assalamualaikum.... Hi Hi Hi..... :)

Hanya dpt memberikan senyuman yang paling manis untuk blog yg dh bersawang-sawang nie. Sbb dh terlalu bersawang makanyer pemilik blog pun agak "kemalasan" utk membersihkan nyer. Ditambah dgn kegiatan harian yg mmg semakin sibuk (tah apa yg sibuk sgt pn tau)

Sekali smlm tergerak hati utk bukak balik blog nie tgk byk la comment dari bakal-bakal ATCO berkenaan dgn kerjaya nie yg mmg tak berjawab.

Maafkan kami maafkan kami maafkan kami maaf kan kami (ikut rendak Pramlee)

Sememangnya niat asal penubuhan blog ini adalah sebagai pendedahan kepada kerjaya ATC nie berdasarkan pandangan dan pengalaman sendiri sebagai ATC untuk dikongsi bersama-sama dgn pembaca yang sudi. Jadi sempena tahun baru 2013 nie, me akan tanamkan balik semangat berblog nie dan kalo boleh memenuhkan seberapa byk yg mungkin maklumat yang boleh dikongsi sebagai seorang Air Traffic Control nie.

INSYAALLAH......

Diharap next post me dapat jawab semua soalan yg telah diberikan dlm ruangan comment tu....
Oh 1 more thing. I heard result for new batch ATCO 2013 dh kuar. Sila la check keputusan interview anda. Pada yg berjaya Tahniah diucapkan. Kepada yg kurang berjaya usaha lagi untuk next intake. Insyaallah jika sememangnya rezeki ATCO itu untuk anda maka berjumpa la kita nnti.... :)

P/S : Pada sesiapa yang nak add me kt fb tu sila la inform/msg/pm me bitau yg uol baca from my blog sbb mmg me xkan add org yg xde mutual friends dgn me sbb xtau nk letak kt kategori apa dlm friend list tu. So kalo dh bitau at least me leh letak kt friendlist ATC tu. Tq

JANA

Wednesday, May 4, 2011

Dh bosan dh ngn title bersawang nie

Hahaha malas aku nak letak title sebenarnyer sbb asyik sebut benda yg sama.
Ari tu hubby bukak blog nie pastu siap sapu-sapu lagi screen computer
(siap beria lagi mengelap computer tu)
sbb
dia kata byk sgt sarang labah kt blog nie. Dia nak tolong sapu jer....
(ayat perli baik punyer)
Hehehe dah kalo namamyer malas tu nak wat mcm mana kan, so carry jer M besar atas kepala tu.
Tah la since dh preggy nie tak tau nape, badan mcm tak sedap jer. Letih, tak semangat. Rasa nak melepek jer. Sampai nak mkn pn malas.
(Jgn terbawak2 kt baby dh la. Baby jgn ikut perangai mama ek)
Masa nak gi keje pn sama jer. Rasa malas jer nak gi.
Morning sicness, evening sickness semua ada.
Kalo tak pagi dia datang petang tp mcm mana pn dia nak juga kuar.....
Ada petua ke nak hilangkn?
Hubby kata sbb perut kosong. Perut penuh setiap masa pn dia nak kuar jugak
so macam mana tu?
Hehehehe
i want to share something tp tunggu i scan kt printer dulu ek.
It will be up every month nnti.
K la.
JANA

Monday, January 3, 2011

Handphone ku.......- Accidently on purposes

Huhuhu dugaan dtg lagi....
Elok2 handphone pegang kt tgn masa gi klinik td tiba2 masa nak kuar klinik, accidently jatuh and screen nyer pecah....
Kalo setakat pecah screen xpe nie screen dlm yg pecah. So dh xleh nak baca dh any msg kt area bawah tu. Leh tgk atas jer.
SO
jawap nyer dia nak hphone baru!!!!!!!!!!
Ari tu Abg Omar ada offer hphone BB 2nd hand yg baru seminggu pakai
(sbb org yg beli tu sengal.... Ada ke hphone baru kata rosak sbb x dengar dia ringing, tau2 dh ada misscall..... rupa2 nyer hphone tu dlm silent mode dan dia pun tak tau mcm mana nak activekan.... Tu la org nak pakai BB ko nak pakai BB tp tak tau nak explore)
Tapi dek kerana hubby tak benarkan pakai BB so pulangkn la hphone tu pada Abg Omar balik.
Tau2 tgk along yg pakai. Ye la dh xde org nak......
Huhuhuhuhu
TADI
lepas hphone jatuh hubby siap perli2 lagi.....
Tu la nak sgt tukar hphone skrg ur wish have come true :
TIDAK KUMINTA JADI BEGINI
TIDAK KUMINTA KASIH DAN MANJA
CUMA KU MINTA, HANDPHONE BARU......
hehehehehehe
TP
skrg nie desperately nak tukar hphone sbb xleh nak baca screen dia.....
SODEH :(
Can't live without handphone
Jana

Monday, December 27, 2010

Blog yg bersawang :|

Hi hi hi........
Long time no news.....
hehehehe
Bukan malas tp saya "bz bz bz"
tipikal reason utk org yg sememangnyer malas nak update blog sampai dh bersawang bukan setakat labah-labah jer yg ada, lipan, lipas, gonggok dan segala mcm serangga dh buat rumah kt cni dh......
Xpe la at least serangga2 nie pernah merasa jgk kehidupan yg aman dan selesa kt blog saya nie......
KERANA
selepas ini blog ini akan diupdate dgn latest news and apa2 jer yg rasa nak share
KERANA saya sudah bercuti dan no presure lagi kt akademi
ini termasuk nak share "habitat" aku time tension2 iaitu MEMASAK.......
Maybe nak share resepi kot......... :)
ANYWAY
tu pun kalo masih berasa agak rajin....
tu semua subject to change
:p
JANA

Tuesday, September 14, 2010

Counting the big day

Huhuhu..... Kalo perasan kt tepi tu ada countdown to my big day or our big day. 4 days in counting. After almost 9 month of engagement we will soon be bond with ikatan suci bernama pernikahan.

How do i feel now? Me myself can't give the exact answer and i didn't know how to answer it.... Maybe nervous, happy, tired all in one place. The preparation started 3 month earlier little by little but the real job come in 1 week before the solemnization. Masa ini semua benda yg diatur mula nampak bayang-bayang nyer. Dan masa nie jgk la itu tak cukup, itu tak kene, itu nak kene ganti dan macam-macam. Tapi my nervous feeling first came masa pegang kad undangan perkahwinan di tangan. Tah mcm mana leh menggigil lak tgn tu. Tak tau nape. Maybe sbb tgk ada nama sendiri kt kad menunjukkan it not "play-play". Maybe before tu kita cuma buat apa yg perlu dan rasakan patut utk majlis but hasil fizikal come from thing like that, mcm kad kahwin, hantaran, beli door gift, and other things yg nampak dan pegang. Then masa nak ambik barang hantaran pun mcm tu. Nampak jer hantaran tu dgn warnanya yg mmg kita hendak and it come out lovely so ada dap dup dap dup gak la........

Dh nak dekat nie byk la jgk dugaan nya. Itu tak kene, ini tak kene, itu tak betul, ini tak betul and sometimes we fight at the end of our conversation. Semua tu syaitan jer punya keje. Org nak mendirikan masjid nie mesti la syaitan mula gelisah dan mula menghasut dan cucuk jarum sbb kalo pasangan tu berjaya bernikah maka syaitan dah xde keje dah. Masa nie la setiap dugaan yg datang walaupun ianya kurang disenangi kene cuba cool kan diri. (tapi aku nie jenis yg tak bape sabar, nak buat mcm mana tu..... :| ) . Xpe la itu namanya pelajaran baru sebagai pasangan iaitu give and take and persefahaman.

Aku pun tak tau jalan macam mana yg aku akan tempoh sepanjang perkahwinan kami nnti tapi aku sentiasa berdoa agar ianya diberkati oleh Allah dan direstui oleh semua. Semoga alam baru yg bakal kami bina bersama, membawa kami ke Syurga dengan petunjuk dan bimbingan daripadaNya.....

Ya Allah
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah saw dan Khadijah ra, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali kw dan Fatimah ra, yang Kau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci.

Ya Allah,
Kami memohon redhaMu. Satukanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah
Satukalah kami dalam inayah dan barakahMu. Moga menjadi Nur ibadah kami yang mendambakan rahmatMu.
AMIN

Thursday, September 9, 2010

Surat Buat kekasih

Buat kekasih
Assalamualaikum wr. wb.

Semoga berada di bawah lindungan rahmat Allah taala dan sentiasa dikurniakan taufiq, hidayah dan istiqamah dalam meniti alam perjuangan.

Kita bersyukur kepada Allah taala yang masih mengurniakan nikmat iman dan Islam pada diri kita serta kesabaran dan ketabahan bagi menghadapi ujian-ujian kehidupan.

Oleh kerana besarnya pertanggungjawaban dan kepentingan persoalan rumahtangga yang hendak kita bina dalam kehidupan ini, diri ini terdorong untuk menulis surat ini bagi menyatakan perkara-perkara penting yang harus diperhatikan sebagai peringatan untuk kita bersama. Semoga ada kesepakatan antara kita dalam hal ini.

Rata-rata manusia, apabila memperkatakan tentang perkahwinan akan mengaitkannya dengan kegembiraan dan keseronokan. Diharapkan, kita mempunyai perasaan yang betul dalam menghadapi alam perkahwinan nanti.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Berpesan-pesanlah kamu sekalian dengan kebaikan terhadap para wanita. Sesungguhnya mereka adalah pembantu-pembantu kamu yang tidak memiliki apa-apa bagi diri mereka sendiri. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”(Riwayat At-Turmuzi)

Dalam hadits ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa isteri adalah amanah Allah taala kepada suaminya. Pengertian amanah di dalam hadits ini boleh kita lihat pula dalam firman Allah taala
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (At-Tahrim : 6 )

Subhanallah!! Bagaimana kita tidak merasa gerun dengan hakikat ini. Untuk menyatakan diri ini telah berjaya untuk memelihara diri dari api neraka adalah terlalu jauh, kini harus pula menerima amanah lain dari Allah taala dan memikul tanggungjawab pula untuk melepaskannya dari api neraka.

Apa pun bentuk amanah, ia adalah suatu yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala. Oleh sebab itu, langit dan seluruh isi dunia tidak sanggup untuk memikulnya.

Seorang mukmin, atas hakikat yang dinyatakan, seharusnya merasa insaf. Oleh itu, rasa seronok dan gembira adalah terlalu ganjil baginya dalam persoalan ini tetapi kenapa perkahwinan ini harus dilaksanakan juga?

Demi Allah, jika tidak kerana kepentingan Islam dan dakwah, jika tidak kerana untuk mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w maka tidak berupaya rasanya untuk memikul amanah ini.

Walau pun amanah ini besar dan pertanggungjawaban terhadapnya menggerunkan, namun kepentingan Islam dan dakwah yang terdapat dalam perkahwinan adalah lebih besar untuk dicapai dan tidak wajar untuk dihalang oleh perasaan gerun yang ada dalam hati.

Semoga langkah kita ini menepati dengan firman Allah taala yang bermaksud
“Jika kau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran : 159)


Kekasihku…

Ingatlah juga, bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita – Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah nucleus bagi masyarakat Islam yang cemerlang.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah, maka ia juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah. Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendokongnya.

Bagi kita ‘Baiti – Daulati’ – Rumahku, Daulahku.

Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita saha terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah sahaja kita akan berjaya. Namun…. sejauh mana Allah taala akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati kehendak-kehendakNya. Oleh itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumah tangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini.


Kekasih….

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada satu – cinta kepada Allah taala. Kalau ia harus mencintai yang lain, maka ia adalah cinta kerana Allah taala. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita – cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang dari tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah taala di padang mahsyar kelak – lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah taala semata-mata.

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita telah diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Kini, ia akan dikukuhkan lagi dengan ikatan perkahwinan. Begitu kukuh ikatan antara kita, adalah terlalu malang jika ia akan diuraikan oleh faktor-faktor keduniaan.

Di hati ini selalu terbisik – berapa lamakah rumahtangga ini akan kita tempoh bersama?

Setiap kali apabila membaca berita-berita dunia, sering kali terpanggil untuk menyahut seruan untuk membela umat Islam di merata dunia- di Bosnia, Kosovo, Chechnya, Palestin dan lain-lain. Mungkin akan tiba satu masa yang mana menyahut seruan ini akan menjadi satu kewajipan yang tidak boleh kita elakkan lagi. Apabila masa ini tiba, ana berharap anti akan kekal bersama. Semoga ana tidak menjadi seperti tiga orang sahabat yang dicela kerana tidak keluar ke medan Tabuk disebabkan kelalaian oleh harta dan rumah tangga (rujuk surah At-Taubah : 118) dan anti tidak menjadi seperti isteri yang dinyatakan di dalam surat At-Taghabun : 14-15 (lihat sebab turun ayat ini).

Diharapkan tempoh pertunangan kita yang beberapa bulan ini mencukupi untuk kita bersama berfikir mengenai apa yang dinyatakan di atas dan menyiapkan diri kita.

Akhir kata, simpanlah surat ini baik-baik semoga ia akan menjadi bahan tazkirah bagi kita bersama, anak-anak kita dan generasi seterusnya.

Semoga Allah taala memberkati rumahtangga ini dan mengurniakan kita kekuatan untuk sama-sama melayari bahtera ini dgn bimbingan dan keberkatan dariNya.


Salam kasih, wassalamualaikum.


______________________________________________


Surat ini diambil dari link dibawah utk renungan kita bersama. Bagi yang nak mendirikan rumah tangga semoga ianya dapat dikongsi bersama..........

http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/132/Surat_Buat_Kekasih

Tuesday, April 20, 2010

I am losing my touch

This morning when i wake up, i am a little bit upset. I AM LOSING MY TOUCH..........

Last night since we didn't have any tips on what to read on SAR and AIS for this coming final exam, so most of us just do their own job. Some see a movie, some play the games termasuklah aku sekali........ Since there no other things to do, i opened the laptop and saw that there is no internet connection. I thought they have shut the router yestesday. Mr Azman informed they need to install the anti-virus so last night mmg xde internet connection at MAVA.

So lagi bosan lah budak2 nie termasuklah aku.........

Mula la cari idea nak buat apa kan...... Teringat la kt hard disk lama yg dh lama tak bukak...... Bukak jer hard disk nampaklah koleksi Japanese series tu...... Lama dh tak layan Japanese series nie....... Lama gak tgk files dlm hard disk tu. Duk perhatikan nak tgk cerita yg mana. Nak tgk cerita sedih ke, nak tgk cerita lawak ke, nak tgk cerita budak2 sekolah ke...... Lama gak la duk perhati files tu sbb some of the series dh abis download tp tak tgk lagi....... At last bukak la cerita Nodame Cantabile under catogery cerita lawak. Last time tgk cerita tu tak ingat dh tgk sampai episode bape so bukak jer la dari awal episode 1. Mula tu layan lagi la, gelak2 sorang kt bilik sbb rumate turun bawah nak install game dari budak lelaki........ Abis episode 1, dh puas gelak, behenti jap gi bilik sebelah tgk apa Fiza and Linda buat kt bilik. Tgk2 Fiza dh tido, Linda tgh duk layan cerita Wolverine. Xde la tak seronok pun so balik ke bilik semula. Sambung episode 2 sampai la..................

Tau2 jam loceng ayam KFC tu berkokok menunjukkan dh pkl 6 setgh pagi.........
AKU TIDO MASA TGH TGK CERITA JEPUN!!!!!!!!!!!! HOW CAN I??????????????
Where is my passion goes when it come to japanese drama and series..... Do i'm losing my touch already.......? tu yg datang sedih jer bile bgn pagi...... pandang jer screen laptop yg ada gambar akhir cerita tu before it stop ngan sedih sekali........
Dulu masa tgh "GILER" dan bergelar "Hantu Jepun", jgn kata nak tido. Sanggup tunggu depan laptop nak abiskan satu cerita tu bile dh siap download. Dh la satu cerita tu ada dalam 8 ke 10 episode. Satu episode dlm 40minit so all together utk abiskan semua cerita tu, jawap yer mmg tak tido lah........Pantang asal ajer abis download terus nak tgk sampai teringat2 kt opis, dah set dlm kepala otak nie, cerita dh abis download and balik nak gi tgk...... Sampai ada satu masa, cerita tu baru release di Jepun and xde subtitle tapi still nak download sbb nak tgk sambungan episode cerita tu. Tgk jer la, and faham2 sendiri sbb nak tunggu subtitle dia dlm 2 or 3 days baru leh dapat RAW subtitle or about 1 week for hardsub dier........ tu pun bile dah dapat RAW ulang lagi cerita tu and then bile dapat hardsub dia ulang lagi cerita tu but still masih boleh tgk lagi cerita tu sampai pagi and sometimes tak tido langsung.........

TAPI sekarang baru tgk 2 episode dh zzzzzzzzzzzzzzzz....... Sedih yer....... Nampak yer nak kene cari interest and passion lain la pulak............. :(

Jana

Thursday, April 8, 2010

Cobaannnnn. Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin

Musim2 nak exam nie byk dugaan aku....... Start dari balik rumah ari tu aku dh rasa mcm tak sihat jer....... Sekali ari isnin mlm tu mmg badan dah panas...... Dah la esok nyer exam Nad Aids...... Aku study sambil bersandar kt katil sbb tak tahan punggung nak duduk kt kerusi study tu...... Dh bersandar tu tau jer la mesti nak terlelap...... Makan ubat Fara bagi......

Lepas mkn ubat terus tak ingat....... Before tu sarung baju sweater bulu yg baru beli tu..... Selimut lagi ngn toto yg ada....... Tido pulak bersandar kt kepala katil...... Masa tu Fara masih study lagi........

Kt tepi katil nie ada note yg nak kene hafal utk exam esok. Fara kata Faeza tido sampai mengigau / mcm berdengkur pun ada panggil mak...... Aku mmg mcm tu...... Kalo bdn panas jer asal tido jer mesti mcm mengerang sakit........ Hehehehe aku ingat dulu2 aku kalo demam mmg nak tido ngn mak. Mak bentang tilam single kt tgh rumah tu utk aku tido pastu dia tido sebelah....... Selimut sampai 2,3 lapis nak bagi berpeluh.......pastu nanti mak tuam kepala ngn air sejuk pakai towel. Bile towel tu dh kering jer nnti aku mula la mengerang, pastu mak bgn basahkan towel tu pastu tekap balik kt dahi........ Kadang2 mak lumur air asam jawa.......

Dulu masa kecik sampai la before aku masuk matriks asal nak masuk bilik doctor mesti ngn mak aku...... Kt matriks dulu pun tak pernah nak masuk sorang..... At least nak kene ada org teman....... La nie jer dh berani sikit nak masuk sorang2........ :) ye la kene la belajar survive sendiri.........

Pagi tu bgn bdn dh berpeluh sikit tapi masih still rasa panas...... Bertambah panas bile paper Nad Aids kene tangguh pasal soalan bocor....... Masa tu terus naik kepala..... Rasa masa tu batu ada duduk dlm kepala tp aku continue class Air Nav sbb tak mau kene tinggal belajar plotting (penting tu). But then tgh ari tu dh tak tahan dh...... Aku mintak no En Apandi n no Miss Anna. Mintak kebenaran utk skip klas petang........ Nasib baik dapat..... Aku tido sampai la pkl 5 bgn pegi punch card. Masa tu kepala dh ringan sikit dh......

TAPI tekak nie pulak buat hal..... Perit semcm jer....... Bila minum air rasa pedih semacam. Berpeluh main badminton pun tak jadi gak..... Rasa makin teruk lagi ada........ Last2 mlm tadi gi klinik. Thanks Zal, teman ayang gi klinik. Susah2 jer balik keje terus datang cini........ Doctor kata xde apa2..... suhu pun tak tinggi sgt...... Cuma tonsil ada bengkak sikit, sbb tu perit bila minum or mkn. Doctor bagi ubat demam, antibiotik, selsema n sakit tekak..... Semua ubat besar2 gaban....... Kalo tak dipikirkan nak exam esok mesti aku tak mkn ubat2 tu mcm selalu..... Kan senang suruh demam tu kebah sendiri tp mkn masa la sikit...... :)

Skrg nie yg tak tahan yer tekak nie..... Bile dia perit or gatal, dia akan buat batuk tu semcm sampai rasa nak termuntah tp xde kahak...... Rasa mcm nak tercabut jer tonsil tu...... Kalo lah leh kuarkan jer tonsil tu, mesti aku nak basuh cukup2........ Dlm kelas pun tak selesa, rasa mcm mengganggu org lain nak belajar jer bila batuk tu....... Tak tau la nnti exam mcm mana....... Hopefully ok kot........

Xpe la, org kata, Allah kalo sayang org tu mesti nak test sikit...... Xpe aku redha jer....... :) Hopefully i can do well utk exam tomorrow.........

Jana

Wednesday, March 31, 2010

BIle xde keje nak buat.......

Hehehehe...... setelah sekian lama menyepi kini aku kembali......
Ceh tiba-tiba semangat nak update blog pulak skrg.....

Nie semua gara bukak fb pagi td tgk status kawan aku...... Salah seorang member masa sek men dulu terpilih sebagai 50 most visited blog..... Aku pun tak tau blog apa yg dia buat BUT the newspaper have her and her daugther pics at the front page of the Berita Harian edisi Johor.......

Then tiba2 aku pun teringat la blog aku nie..... (ada blog rupanya aku nie)

Tak bz tp buat-buat bz utk tidak mengupdate blog nie........ As i told earlier, awal2 jer aku semangat but then nanti terbiar sepi.........

Ye la dh namanya student yg dibayar gaji so kalo nak berkat kenalah belajar tanpa mengakses laman-laman web yg tidak perlu nie...... (hehehehe fb boleh pulak yer)

BUT janji tetap janji...... when i have the time then i will start share my life as undergoing ATC...... There so much i like to write and share since the 1st day i'm in MAvA. I do hope it will help others who interested in this job.....

But still i need the right time to update all.........

So then

Jana..............

Friday, November 20, 2009

Counting the Day and the Big Day

Ada lagi sebulan lebih sikit jer jangka hayat aku kt Vads / TM nie....... Since ramai gak yg tau aku nak behenti so asyik la tanya bila aku punya last date....... Dah tak sabar nak tunggu aku pergi jer bunyi yer........... Kalo dah bitau tarikh tu, faham2 sendiri jer la yer...... sediakan la hadiah ke apa yg patut........ aku kan pekerja "toncoh" so kene la ada ganjaran..........
Pengganti aku pun dah dilantik. Sapa lagi kalo tak anak didik aku (ceh... anak didik konon, bile pulak ko beranak) Suraiya or Yaya. Lepas meeting utk maybank ari tu, Yaya kene tahan ngan Mr Gan and Mr Devin. Kitaorang nie semua kene "halau" balik opis (jgn menyibuk namanya)....... Aku dah agak dah apa yg akan dibincangkan. Petang tu keluarlah email from Mr Gan and dari floor manager Mr Devin.....


Dear Team

I would like to inform that Suraiya has been promoted as a shift lead and eventually replace Faezah who will be leaving us in December. Let us all warmly welcome Suraiya on her new role and best wishes to Faezah on her future endeavor. THANKS.
Regards
Gan, Assistant General Manager
Dear Firdhaus, Faezah, Suffian & Izanurni,
Suraiya would be joining you guys as a shift lead effective today. Therefore, all reports prepared by shift lead would need to cc her too. Meetings that are attended by shift lead need to be extended to her as well.
As Suraiya is in Faezah’s shift, Faezah would have the largest responsibility in coaching and ensuring that she is an independent shift lead in 1 month time. The other shift leads should guide her too whenever possible.
Copy Suraiya,
Once again, congratulations and I look forward to your successful contribution to the team.
TQ.
Best regards,
Devin Liew, Manager
Macam tu lah bunyi email Mr AGM and Mr Floor Manager kita tu....... So Yaya dah boleh bukak table..... Plan kitaorang lepas nie nak serbu Satey Kajang tapi nak makan kt kedai dia kt Bangi. Rasanya plan tu maybe awal Dec nie............

Bile kuar jer email tu aku mcm tak keruan sikit..... Memang sah2 aku dah diconfirmkan utk meninggalkan Vads nie......... Aku pun mcm tak percaya aku nak behenti..... Betul ke? Mcm2 gak dlm kepala aku masa tu...... Aku nie dah la tak wat check up lagi, prepare apa pun tak buat lagi...... Mcm mana kalo check up failed, mcm mana kalo surat sumpah tu kene reject and most important thing, mcm mana kalo aku failed training tu....... Mana aku nak gi..... Surat resign dah tak leh nak tarik....... ish.... ish.... ish.........

Ia buat aku terpikir balik sama ada keputusan aku nie betul ke tidak.......... Betul ke aku nak ke ATC nie? Aku skrg nie dah dlm keadaan comfort zone selamat, ialah dgn gaji yg mcm tu, keje yg kadang2 pressure (tu biasalah), kawan2, enviroment and mcm2 lah...... BUT i realize that we didn't know what will happen in the future but we have to make a move to earn it......... ATC nie aku yg decide so i am the one who responsible for any possibility that will happen and not give up until i reach there...... Bukan ke always the first step tu mmg susah tapi kene lah sabar and kene teruskan melangkah jugak.......

Sapa kata aku tak takut...... Aku memang takut......... Dah makin dekat nie lagilah la aku rasa mcm ada something butterfly jer dlm dada nie....... Sama jer perasaan yer masa aku tunggu result ATC tu nak keluar dulu, cuma kali nie mmg dah confirm aku dapat tapi aku bukan dalam comfort zone....... Rasa mcm ada sometning dlm dada nie waiting to explode........ Makin dekat tarikh yer lagilah aku tak keruan....... Mata pandang depan tp fikirannya terbang kemana2 tah...... Kalo golek2 kt tilam tu mulalah aku fikir yg bukan2..... mulalah keluar semua kalo tu kalo nie, macam mana kalo dan apa2 jenis kalo semua keluar tapi most of it negative la........

Tah la maybe i need some support to calm me down.......

Tapi yg seronok nak behenti nie bila nak hantar email good bye to all....... Jangan gelak kalo aku kata aku dah rangka email utk dihantar masa hari last tu....... Dulu kalo ada orang hantar email bitau last day aku selalu pikir bentuk email yg aku hantar satu hari nanti bila aku pulak yg nak keluar dari Vads nie and in the end mmg aku akan keluar pun so email tu still nak kene ready..... Nama sapa yg kene ada, nak dedicate tq to sapa and mcm2 lagi lah....... That thing buat aku excited jer so semua kalo2 tu terbang lari.......

Byk gak event aku bulan Dec nanti..... Jemputan kawin mmg dah sah2 la melambak2........ Tiap2 minggu ada..... Aku pun tak decide mana nak gi mana nak skip..... Bukan tujuan tak nak gi, tapi kene prioritize kan...... Aku punya cuti pun cukup tinggal paras hidung jer...... Mana cukup kalo nak kene ambik cuti byk2...... Kalo nak kene gi gak kene lah aku travel balik hari......... Kalo setakat nak balik Johor then balik semula tu aku pernah la buat sekali masa election dulu....... so rasanya xde hal lah tp nak kene ada teman lah........

Pastu event aku sendiri yg dijangka 26hb nanti....... Tapi mcm xde apa2 jer..... apa benda pun tak beli lagi..... Dengan mak pun aku confirm tak confirm jer......... hehehehe....... Kata nak buat baju tp bahan kain pun tak cari lagi......... Kata nak ada hadiah, apa benda pun tak beli lagi....... So aku pun mcm confuse jer sekarang nie........ Tak pe lah kita ikut jer la flow tu ke mana nanti.......

Jana

Sunday, November 8, 2009

Kindly enough and Lucky enough

Last night masa trip nak ke Ikan Bakar Jeram, i had lost my handphone masa dekat toilet Tesco Setia Alam. Nak dijadikan cerita masa tu kami semua behenti utk sembahyang magrib sementara tunggu Amyr sampai. Aku gi la toilet depan surau perempuan tu sebelum nak sembahyang utk melepaskan hajat kecil. Masuk jer tandas perempuan tu aku masuk la toilet yg hujung sekali. Masa masuk toilet tu aku letak la hphone tu atas bekas letak tisu. Tah mcm mana masa keluar menonong jer tak teringat langsung nak ambik apa2 barang dalam toilet tu masa keluar. Ye la biasanya kalo aku masuk toilet or sembahyang either Rizal pegang semua barang aku atau aku masuk ngan beg so kalo kuar tu mmg nampak beg tu tapi mlm tadi aku cuma pegang hphone jer............

Keluar dari toilet, aku terus la gi sembahyang dlm surau perempuan tu. Bukak tudung n apa semua benda yg sangkut kt kepala, letak depan sejadah pastu sembahjang la........ Abis jer sembahyang, masa aku tgh bongkok nak ambik semula semua barang yg aku tabur dpn aku tu, TIBA-TIBA aku teringat balik hphone tu yg aku letak dlm toilet........ Masa tu jgn cakap la gemuruh aku..... Naik sampai ke kepala....... Aku capai semua benda tu, pastu aku tabur kt Diana (kawan Izham yang follow sama ngan kitaorang). Nasib baik aku masih sempat berpikir utk sarung tudung, kalo tak aku kuar dari surau tu tak pakai tudung masuk toilet semula.........

Aku berlari la gi toilet tu balik..... Masa aku sampai toilet hujung tu tgh digunakan, aku dah gelisah jer tunggu depan pintu toilet tu..... Masa tgh tunggu, Yaya pun masuk nak gi toilet jugak..... Aku cakap kt dia hphone aku tertinggal....... Masa tgh cakap ngan Yaya tu, orang toilet hujung tu pun kuar..... Perempuan Melayu..... Aku tinjau dalam toilet tu tgk ada tak hphone tu, tgk2 xde...... ha sudah........ Aku tanya la bdk perempuan tu kalo dia ada nampak hphone tak kt atas bekas tisu tu.......... Dia cakap tak........... Masa tu aku rasa dah nak menangis dah........ Hphone aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku n Yaya pun kuar la dari tandas tu. Aku pinjam hphone Yaya cuba call hphone aku tu......... Ada dering................................. Ada bunyi call me tones Shut up and drive aku tu. Itu bilmakna, hphone tu tak off lagi TAPI tak angkat2........ Dalam hati aku, aku suspect mesti orang tu tak tau nak off kan hphone tu, sbb tu dia still on jer. Ye la nak kata canggih sgt hphone tu xde la tp kalo orang tak biasa guna tak reti nak unlock key dia......... Aku keep trying call jugak sbb kalo orang yg ambik hphone tu berniat jahat mesti dia dah reject call tu walaupun dia tak tau nak off hphone tu........ Sambil tu aku jalan la pegi ke kaunter pelanggan Tesco tu........ Aku try cal 4 kali pun tak berjawab jugak......... Aku masih lagi mundar mandir depan kaunter pelanggan tu tapi takut nak tanya....... Sebenarnya aku lagi takut KECEWA jer........... Ye la selagi aku boleh call n xde dapat any responce dari orang yg pegang hpone tu, bermakna aku masih ada harapan lagi........ Kalo aku tanya terus kt kaunter tu, then dia kata xde mesti aku down sgt masa tu. So baik aku terus cuba dulu call no aku tu........ Dah puas aku cal tak angkat, aku msg. Msg aku berbunyi mcm nie.... "Hi sy owner hset yg awk pegang nie. Boleh tak tolong pulangkan.... Please sy mintak pulangkan n jawap telepon nie....." Lepas sent tu aku cal balik semula........

Memang rezeki aku la hphone tu masih boleh jadik milik aku, masa cal tu sorang lelaki angkat...... Aku kata la aku pemilik hphone yg dia pegang tu. Dia kata "Awak boleh datang dan ambik semula dia Kaunter Pelanggan Tesco Setia Alam yer". Aku yg masa tu berada cuma 2 meter jer dari kaunter pelanggan tu terus toleh and nampak la brother tu tgh pegang hphone aku......... Aku rasa mcm nak lompat2 and peluk jer seseorang........ Ye la nak peluk brother tu mesti tak boleh kan......... Tgh cakap ngan brother tu lagi aku dah sampai tersengih depan kaunter tu..... Brother tu tgk pelik pastu aku cakap la tu hphone aku yg dia tgh pegang tu...... Dia pun bagi la hphone tu..... Masa tu aku rasa mcm dapat pingat kebesaran jer...... Sengih tak ingat dunia. Mengeletar satu hal lagi...... Brother tu kata nape tak terus tanya kt kaunter jer....... Aku cakap la aku takut...... Brother tu senyum jer...... Pastu jadilah sessi soal jawap kejap.... Masa tu ada la beberapa orang kt keliling kitaorang tu.....

Aku : Sapa yang pulang kan ek?
Kakak kaunter 1: Adik hilang kt mana?
Aku : Dalam toilet......
Kakak kaunter 1: Sapa yang hantar hphone tu tadi? (dia tanya kawan2 keliling dia)
Brother : Tah la aku tgk dah ada......
Kakak kaunter 2: Tah....
Brother lain : Tah.....
Kakak Kaunter 1 : Cleaner kot dik....... Dia letak jer kt kaunter nie......
Kakak guard 1: Adik mmg nasib baik la..... Kalo orang niat tak baik tak kira la sapa, cleaner ke, customer ke mesti dah ambik terus jer tu..... Jgn kata hphone wallet ke duit ke lesap jer....... xde jumpa balik yer.......
(masa tu aku perasan aku cium hphone aku tu)
Aku : Tu la...... Alhamdulillah..... Rezeki saya lagi kot...... Terima kasih ek semua........
Brother lain : Ai terima kasih jer................

Aku pun sengih jer la n beredar dari kaunter tu......... Aku jalan jer aku terus peluk Yaya....... "Yaya jumpa balik hphone Faeza"....... nak nangis air mata tak kuar......... So kitaorang pun gerak la balik ke kereta..........

Masa tu tak terucap syukur aku....... Memang rezeki aku la hphone tu balik ke aku........ Aku nak sangat berterima kasih and peluk cium (kalo perempuan la) kt orang yang jumpa and baaaaaaaaaaaaaaik hati sangat / kindly enough utk return handphone tu ke kaunter tu....... Tapi aku tak tau sapa so aku bersyukur jer la........

Oh my lovely handphone Nokia 5800 Express Music........... muuuuuuuuuuuuuuuahhhhhhhhh



Jana

Thursday, November 5, 2009

Precious collection

The most precious collection yang aku ada ialah hard disk aku yg mengandungi semua cerita Japanese and Korean baik Drama bersiri or Movie. Bayangkan bermula dgn h/disk yg bersaiz 80G, then another 80G still not enough to keep all my collection. Then h/disk laptop aku 40G tu aku kuarkan utk masukkan salah satu h/disk 80G dalam simpanan aku utk upgrade, then aku beli lagi another 160G. Last aku beli h/disk ialah 500G masa bulan 7 ke 8 ari tu. So boleh kata h/disk dlm simpanan aku berjumlah 860G. Itu tak masuk lagi series and movie yg aku dah burn dalam bentuk cd....... (masa tu dvd baru nak naik)...... so kalo orang lain precious collection dieorang maybe alat2 antik tapi bagi aku h/disk aku la barang paling berharga sekali...... Ye la harga h/disk bukan murah2 masa dulu, lagi la masa tu student jer....... Kalo nak dibanding harga h/disk dulu ngan skrg mmg jauh beza...... masa beli h/disk 80G tu dulu dah lebih kurang jer ngan harga h/disk aku skrg yg 500G tu........

Cuti 2 hari nie aku memulakan semula keje pirate tak bertauliah utk mendownload balik semula cerita bersiri yg masih kurang (ada series yg aku dah tgk tapi download episode awal and akhir jer, yg lain aku tgk online)......... Ye la pasni nak pindah, steamyx nak kene terminate so better download sekarang....... Dah guna broadband nanti tak tau leh download ke tidak..... Kene kalo broadband tu slow, berjanggut aku nk tunggu cerita tu siap download......... Skrg nie 1M pakai sorang2 so kalo download 600K punya cerita, satu hari leh abis.

Aku transfer jugak semua drama dalam h/disk 500G tu so senang aku nak tgk nanti..... Bawak satu h/disk jer tapi rasanya tak cukup utk tampung semua series tu so kene guna 160G jgk utk drama. H/disk yg 80G tu aku guna utk semua movie, anime, PV and manga. H/disk yg 40G pulak utk lagu-lagu dlm koleksi aku....... (lagu sahaja jer aku dah kene guna dekat 30G).............

Aku pun tak tau sampai bile minat aku nie dapat bertahan tapi at least dah slow down sikit la skrg nie...... Dah tak mcm dulu, demam aku kalo tak dapat download cerita.......... Hati tak tenang jer bile tau hari nie drama tu release tapi tak dapat nk tgk sbb tak leh download........

Masa duduk ngan family pak usu dulu takde masalah nak download, ye la ada wireless..... Masa tu cerita baru tayang kt Jepun mlm yer, pagi tu aku dah download dia punya RAW without subtitle sbb subtitles dia baru nak di buat oleh kumpulan2 tertentu yg mmg provide subtitles utk cerita Jepun (thanks to them). Tgk jer la cerita tu walaupun tak faham apa dia kata tp at least masih boleh faham jalan cerita....... Petang nnti soft subtitles keluar aku tgk balik cerita tu with subtitles. Pas tu dlm masa seminggu ada la group-groups fansub mcm SARS FANSUBS, Kioku, dll nie kuarkan cerita with hardsubb so aku repeat lagi tgk drama tu. Ha episode drama with hardsubb nie la yg aku simpan dlm h/disk. Leceh cikit tgk cerita soft sub nie sbb korang kene tgk movie tu using certain media player sahaja mcm BS Player, VL Player yg boleh support soft sub........ So mcm tu la yg berlaku tiap2 minggu sampai la episode tu habis....... Agak nasib baik jgk la sbb Japanese episode nie semua pendek2 dalam 6 to 12 episode jer...... Buat yg Korean punya drama majoriti semua 16 week and ada gak yg sampai 26 week. Mmmg haru la......

Lepas duduk sendiri menyewa, mmg masa tu sangap la......... Ye la tgh follow drama tu tp xleh nak download. sanggup balik weekend rumah pak usu abiskan masa 2 hari nak download cerita pastu bawak balik....... Masa tu mmg tension, mana nak cari wireless nak download cerita...... so stop kejap la jadi pirate nie....... tapi hati masih tak tenang...... Mana nak tenang kalo access website D addict tu tgk wiki drama yg keluar bln tu semua yer hero2 aku tp kene tahan jer sbb tak leh nak tgk...... Siap buat satu files yg listkan semua drama yg tgh tayang, belum tayang, akan di tayangkan so kalo dah ada internet nanti leh la mula download semula....... So bile dah keje kt Vads, tau yg streamyx ada offer murah for staff, subscribes 1M terus........ Masuk jer wireless kt rumah, dari title pirate biasa aku dah naik pangkat jadi captain kapal pirate...... Mmg besar la pangkat masa tu....... Masa tu download cerita tak ingat sampai roomates aku complain internet slow...... Mana tak slow kalo aku duk mendownload jer setiap saat....... Last2 aku wat port forwarding, barulah ok sikit........ Masa tu aku balas dendamla..... semua cerita yg dah tertinggal duk download sampai tak tertengok2 cerita nyer...... Tgk episode awal n akhir jer, episode yg tgh2 main skip sikit2........ Tapi ada kelebihan tunggu lama sikit dari tarikh cerita dah tayang nie sbb biasanya team fansub nie dah siap ngan hardsubb punya cerita so bile download boleh simpan terus.........

Tu la cerita "hantu jepun"(title aku pada orang yg addicted pada cerita jepun/korea nie) tapi aku rasa, aku dulu bukan setakat pernah jadi hantu jepun jer, aku pernah jadik jembalang, vampire, puntianak or whatever la yg dasyat2 pasal jepun nie....... Punya la addicted to japanese drama nie, satu jampi serapah pun tak berkesan kt aku. Bagi la ayat pelindung ke, kemenyan ke, ayam golek ke, telur ayam kampung ke semua tak jalan............ Mmg hard core punya la........ Sampai kalo suruh cerita pasal koleksi aku tu, sampai besok pun belum tentu aku abis cerita. Cerita nie best la, hero nie hensom la, cerita nie sedih la, hero nie berlakon cerita apa la semua aku leh cerita in details....... tapi skrg nie dah nak pencen kot...... Tunggu masa jer........ BUT all of that still and will continue to become my precious collection............hehehe..........

Jana..........

Wednesday, October 28, 2009

How the Journey Begun


Siapa la kita utk menentukan masa depan yg sememangnya telah tersurat cumanya kita perlu berusaha untuk mencapainya, jika sememangnya itulah rezeki yg telah ditetapkan utk kita bersyukurkan but if not it means that Allah want to give more and better than that...... Aku sendiri tak pernah tersangka akan menjadi ATC (Air Traffic Controller) cause up till aku kt U aku tak pernah tau kewujudan jawatan tu di dunia nie........ Aku ingat traffic kt ground jer, ye la pagawai traffic lalu lintas tu.......

Dulu masa kecik2, bile tanya akak aku, along nak jadi apa besar nnti, dia selalu kata nak jadik Pegawai traffic tapi pegawai traffic yg berbasikal...... save enviroment katanya....... apa lagi gelak sakan la kitaorang. Mana tak nya, kalo pegawai traffic pakai basikal mcm mana nak tahan kereta yg buat salah, baru berkayuh 20m kereta dah memecut 2km dan jangan kata kereta, motor pun belum tentu dapat kejar dgn basikal.......

Masa aku kecik dulu, angan2 nak jadi Doktor, ye la budak mana2 pun dalam dunia nie kalo ditanya masa besar nak jadi apa, jawatan doktor tu cukup glamour..... so tak terkecuali aku la...... but when time goes by, i know that i can't be a doktor. Bukan sbb aku takut tgk darah tapi aku tak leh tgk orang muntah......... Kembang jer tekak aku nak ikut muntah sama......... Sebab tu aku kurang berkenan kalo orang meludah kt jalan nie......
So jawatan tu dah diketepikan since aku sek rendah lagi but i have built a new interest...... aku suka nak repair2 something....... Kt rumah tu cuba tanya sapa yg suka godek2 barang elektrik, sapa yg suka setting2 benda2 kat rumah or benda2 yg melibatkan koordinasi tgn nie....... walaupun sometimes i make it worst but sometimes i'm fixed it......... Cuba tanya sapa anak cik nor yg pernah panjat bumbung rumah semata2 nak betulkan ariel tv yang jatuh atau nak pasang ariel baru utk dapatkan siaran yg lebih jelas, yelah tak mcm sekarang dah ada astro, kalo dulu, lagi power ariel lagi byk dan jelas siaran dapat dilihat......uhf la vhf la...... tambah2 kalo siaran Singapore dulu..... sama2 ngan farid gi panjat bumbung betulkan ariel, ialah kalo dah hantu tv tu, buat la mcm mana pun dia nak tgk gak tv tu........ so tak salah kalo panjat sendiri bumbung tu ngan berseluar paras lutut gi panjat bumbung tegakkan balik ariel yang jatuh...... Makcik sebelah tgk geleng kepala jer....... Ish ish ish anak dara Nur tu panjat bumbung, tak takut jatuh ke, tak manis anak dara panjat bumbung....... tapi nak buat mcm mana ek kalo cinta ke tv tu lagi besar dari nak dibandingkan dgn jelingan makcik sebelah rumah, panjat bumbung pun panjatlah....... Kesudahan nya kene bebel ngan mak sbb kalo buat keje memasak kt dapur asyik hilang ke depan jer gi tgk tv. Masukkan ikan goreng dalam kuali pastu ke depan tgk tv sudahnya ikan goreng jadik ikan goreng hangus, masak lemak gulai pun lemaknya pecah berketul2....... sekali mak jerit jer, terus tutup tv semua berkejar ke dapur balik tapi nasi dah jadi bubur, ikan goreng pun dah hangus, dengar jer la mak membebel lepas tu sampai ke sudah..........

Disebabkan minat benda2 mcm tu i choose to become engineer........ the truth is, my inspiration is pak usu Azman. Dia belajar dekat USA selama 4 thn, came back and became an Engineer kat TM........ I want to be like him also....... Ye la membesar tanpa ayah nie berbeza ngan kanak2 lain....... Kalo budak2 biasa menjadikan ayah dan mak masing2 sebagai sumber inspirasi and galakan, budak mcm aku nie menggunakan orang sekeliling sebagai sumber inspirasi....... dengan didikan mak aku, i choose the best from the best so masa tu yg aku nampak ialah pak usu aku......... maybe i'm not so lucky utk belajar sampai ke luar negara tapi i still can archive it...... Ye la masa tu sapa la yg nak tunjuk jln mana nak di pilih, sekolah apa nak pegi, kursus apa nak ambik...... tumpuan mak pulak lebih pada utk besarkan anak2 dia sebaik mungkin so I choose my own way and of course with the full support from my mum....... i have learn more from my surronding........ Aku mengaku yang aku nie mudah terpedaya ngan surrounding BUT i'll always make sure that it will not embarash and give harm to my family...... that how i learn about live......... But sometimes ternakal sikit tu biasa la.............

So after PMR, aku masuk class sains...... tapi masa tu tak decide lagi nak jadik apa...... so aku ambik Lukisan Kejuruteran and biologi sekali....... konon2nya nanti nak tgk result mana yang ok i will choose to go that way...... Sekali result keluar dua2 pun sama resultnya....... so i have decided to go for technical part so nanti aku boleh ambik electrical mcm pak usu Azman ambik......... Mmg dari awal lagi target aku nak ambik engineering......... Masuk matriks, aku masuk la sains fizikal punya class, masa tu kalo tgk nisbah pelajar perempuan mmg 1:4 la..... Kelas penuh ngan lelaki dgn jumlah student pompuan tak sampai 20 orang...... beza ngan aliran sains tulen pulak, pompuan lagi byk dari student lelaki.......... up till the end, masa nak isi form masuk ke U, aku ambik semua U yg ada electrical Engineering tapi of course la ikut U yg aku suka dulu sampai la secodot2 U termasuk la KUITTHO tu...........masa isi borang nak letak dah UNIMAS, sekali call mak tanya nak masukkan UNIMAS sekali tak? mak aku kata tak payah la....... jauh sgt...... Matriks yg cuma kt utara tu jer pun aku nyaris tak nak pegi, lagi lah kan pulak nak ke Sarawak sana..........so end of story aku ke KUITTHO jgk, sekangkang kera jer dari rumah....... Duk bawah ketiak mak lagi..........

Masa kt U la aku diperkenalkan ke jawatan ATC nie........Masa tu ada rombongan Cik Kiah ke KL anjuran Kelab Kejuruterann Elektrik. Aku pun bukan active sgt ngan club2 kt U nie tapi duk selit2 menyebok2 cikit tu adalah......... So rombongan cik kiah nie bergerak la ke KL..... Antara destinasi yg kami tuju ialah Hospital Selayang, Menara Kawalan Subang, Angkasapuri and Bukit Nenas........ Masa kt Hospital Selayang kami gi tgk team yg control power supply tu the Hospital..... Sapa tau hospital yg besar tu ada menyimpan activiti "bwh tanah" yg cukup besar........ Ye la control power supply tu the hospital bukan keje senang tau..... Sekali Major breakdown, back up power kene sentiasa take over...... Operation room nak kene sentiasa menyala. Buat nya masa tu tgh ada operation besar sekali power cut off, mau semua budak bawah tanah tu kene pecat sbb power back up tak jalan........ tapi aku bukan bdk yg ambik major power so dengar jer la....... The next dstination is Pusat Kawalan Udara Subang. Kt cni la aku di perkenalkan dgn jawatan ATC. Masuk jer pust kawalan tu boleh tgklah deretan ATC yg tgh bertugas. Masa nie mmg aku very excited. Ye la tak tau apa yg dieorang buat kt ctu but then turn to very impress with their job........ Ada la senior ATC tu tunjuk radar2 kt ctu pastu bagi la sedikit penerangan........ Who know dlm bangunan yg tercodot tu ada pusat kawalan yg menjaga semua route udara satu Malaysia...... I never dream of it....... Baru la aku tau keje ATC nie mcm mana and most important things is i'm not color blind even i'm spacky and it's in govertment sector............ Masa tu aku tgk ada sorang jer kakak yg bertugas dlm tu, yg lain semua lelaki....... Lepas tu kami dibawa ke Menara Kawalan Subang..... Disebabkan jumlah kami yg ramai so kene la naik menara kawalan tu secara berperingkat2...... Yang paling aku ingat masa tu ada seorang ATC india perompuan tgh mengendalikan pelepasan and pendaratan Pilot2 MAS yang tgh training. So we could saw that the flights is landing and departing at runway pastu terbang ambik short route and some of them have to take a long route to take turn for another landing and then continue departed again............ Masa tu rasa seronok sgt..........Since dari ctu aku berangan pulak nak ambik ATC...........

Tapi betul kata orang tak semua yang kita nak kita dapat...... Abis jer belajar aku stuck kejap nak cari kerja...... Kawan satu2 masuk kilang.... Intel la Panasonic la Epson la....... Mcm2............ Masa tu aku agak jeolous la jgk sbb aku mmg nak bekerja in factory sector sebenarnya. I almost got the opportunity bila aku dapat offer kt kilang Tompson Muar tapi disebabkan sebab2 tertentu aku nak jugak keje kt KL........ Nie kalo mak aku tau mesti kene punya...... So aku reject offer tu. Aku rasa agak bernasib baik bile aku reject offer tu sbb kawan aku masuk sana but then she resign herself sbb tak tahan....... Presure katanya....... So aku masih terkial2 nak cari keje....... Masib baikla mak usu offer jadi kerani contact kt JPA tu..... At lease before i found the real job, duit tu masuk lagi la...... duduk pun dgn pak usu so belanja tu tak byk la........... Boleh la lagi belikan mak baju dari gaji yg tak seberapa tu....... Masa duduk ngan family Pak usu, aku ada apply for SPA. Of course pilihan pertama aku PTD. Sapa orang pun kalo isi borang SPA mesti nak letak PTD as 1st choice. Aku masukkan sekali ATC sebagai pilihan ke4 tak silap aku....... I got 5 offer for exam PTD and manage to go for 2 exam but still failed so i decide not to go for PTD anymore...... Maybe kerja dia mmg glamour but maybe i'm the one who not qualified...... so my focus directly to ATC. I told my mum i'm not going to PTD exam anymore and try for ATC instead........

!st attempt aku for ATC failed at 2nd stage. Obviously due to my poor English. Lepas exam ATC, semua calon dipanggil semula for Voice testing...... Masa nie la aku kantoi sbb english aku mmg below average..... Siap orang DCA yg interview aku tu advise suruh ambik kursus bahasa English dulu then comeback...... Masa tu diaorang buat intake for ATC 2007. Aku ingat lagi bile dia beri petikan berkenaan conversation between Pilot and ATC, aku mmg nervous then byk la perkataan yg aku sebut tak betul....... Wind (angin) aku sebut wine (alkohol) dan beberapa perkataan lain yg aku tershashul..... Keluar dari bilik tu aku tau aku dah gagal........ Masa tu agak malu jgk la but I take the callenge bile aku dapat offer pegi ELS utk belajar kursus English FOC tajaan govertment to give a soft skill pada graduan Malaysia nie...... Aku belajar la 3 bulan...... My english is improve a lot but i learn the most important things is u need to use it to expert in it..... so byk mana pun aku belajar kalo tak practice mmg tak berguna la........ Finally i got accepted at Vads Berhad. Working as Customer Service Engineer....... Ada la jgk title Engineer kt belakang tu...... Kerjenya main telefon jer hari.......... Vads Berhad adalah subsidary TM so secara tidak langsung aku ikut jgk jejak Pak usu aku keje as Engineer at TM........... so far so good...... but i still didnt forget about ATC...... Sapa yang tak nak kerja govertment sector kalo ada offer....... I think everyone want it...........
Working at Vads berhad allow me to use English more so kalo ada berkesempatan aku akan cuba berbahasa English more than Malays....... On 2008 tumpuan aku lebih pada kerjaya baru and attend PTD exam only......... until end off Oct 2008 i got letter for ATC exam at Penjara Kajang........ Aku pergi dgn azam to make it possible this time............ then going for 2nd test at DCA and finally interview at SPA......... Then here i am, received result for my ATC in front of my family (and my love) masa kenduri potong jambul Aqil Hilmi..... Masa tu rasanya dah lama jgk aku tak menangis.......... Alhamdullillah, finally Allah heards me and my mum prayers.................

BUT THE REAL JOURNEY HAVE JUST STARTED..........

Ok lah sampai sini dulu...... Next time aku cerita pasal my 2nd attempt that make me to ATC..........

Monday, August 17, 2009

Let's get started.........

Since semua orang dah ada blog aku pun nak menyibuk jgk ada blog...... Sebenarnya dah pasang niat nak buat blog bila aku dapat offer as ATC since i want to share my experience as a ATC soon. Starting from 1st exam until the day i got accepted and soon going for training and finally work as a ATC. Mana la tau leh membantu kaum hawa yang berminat utk sama2 menceburkan diri dalam job yg di dominasi oleh kaum adam nie..... but no offence, women can do "almost" everything that men do..........

And since dah ada blog nie mesti la ada terselit2 sikit about my personal life so baca jer la..........

Aku nie kadang2 jadik malas jgk, mula2 tu jer semangat nak menaip2 nie then pastu terbiar sepi jer blog aku nie tp xpe, bak kata orang korea, aja aja fighting..........

Jana..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...