Wednesday, September 15, 2010

For the Rest of My Life






praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
___________________________________________________

My younger sister and my younger brother asked me to play this song during my wedding day. They said they have a collection of Maher Zain song which suitable for a wedding day. I when through his profile and i love this song so much that i think i will continue playing inside me most of the time now....... It really a good song.

Tuesday, September 14, 2010

Counting the big day

Huhuhu..... Kalo perasan kt tepi tu ada countdown to my big day or our big day. 4 days in counting. After almost 9 month of engagement we will soon be bond with ikatan suci bernama pernikahan.

How do i feel now? Me myself can't give the exact answer and i didn't know how to answer it.... Maybe nervous, happy, tired all in one place. The preparation started 3 month earlier little by little but the real job come in 1 week before the solemnization. Masa ini semua benda yg diatur mula nampak bayang-bayang nyer. Dan masa nie jgk la itu tak cukup, itu tak kene, itu nak kene ganti dan macam-macam. Tapi my nervous feeling first came masa pegang kad undangan perkahwinan di tangan. Tah mcm mana leh menggigil lak tgn tu. Tak tau nape. Maybe sbb tgk ada nama sendiri kt kad menunjukkan it not "play-play". Maybe before tu kita cuma buat apa yg perlu dan rasakan patut utk majlis but hasil fizikal come from thing like that, mcm kad kahwin, hantaran, beli door gift, and other things yg nampak dan pegang. Then masa nak ambik barang hantaran pun mcm tu. Nampak jer hantaran tu dgn warnanya yg mmg kita hendak and it come out lovely so ada dap dup dap dup gak la........

Dh nak dekat nie byk la jgk dugaan nya. Itu tak kene, ini tak kene, itu tak betul, ini tak betul and sometimes we fight at the end of our conversation. Semua tu syaitan jer punya keje. Org nak mendirikan masjid nie mesti la syaitan mula gelisah dan mula menghasut dan cucuk jarum sbb kalo pasangan tu berjaya bernikah maka syaitan dah xde keje dah. Masa nie la setiap dugaan yg datang walaupun ianya kurang disenangi kene cuba cool kan diri. (tapi aku nie jenis yg tak bape sabar, nak buat mcm mana tu..... :| ) . Xpe la itu namanya pelajaran baru sebagai pasangan iaitu give and take and persefahaman.

Aku pun tak tau jalan macam mana yg aku akan tempoh sepanjang perkahwinan kami nnti tapi aku sentiasa berdoa agar ianya diberkati oleh Allah dan direstui oleh semua. Semoga alam baru yg bakal kami bina bersama, membawa kami ke Syurga dengan petunjuk dan bimbingan daripadaNya.....

Ya Allah
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah saw dan Khadijah ra, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali kw dan Fatimah ra, yang Kau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci.

Ya Allah,
Kami memohon redhaMu. Satukanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah
Satukalah kami dalam inayah dan barakahMu. Moga menjadi Nur ibadah kami yang mendambakan rahmatMu.
AMIN

Thursday, September 9, 2010

Surat Buat kekasih

Buat kekasih
Assalamualaikum wr. wb.

Semoga berada di bawah lindungan rahmat Allah taala dan sentiasa dikurniakan taufiq, hidayah dan istiqamah dalam meniti alam perjuangan.

Kita bersyukur kepada Allah taala yang masih mengurniakan nikmat iman dan Islam pada diri kita serta kesabaran dan ketabahan bagi menghadapi ujian-ujian kehidupan.

Oleh kerana besarnya pertanggungjawaban dan kepentingan persoalan rumahtangga yang hendak kita bina dalam kehidupan ini, diri ini terdorong untuk menulis surat ini bagi menyatakan perkara-perkara penting yang harus diperhatikan sebagai peringatan untuk kita bersama. Semoga ada kesepakatan antara kita dalam hal ini.

Rata-rata manusia, apabila memperkatakan tentang perkahwinan akan mengaitkannya dengan kegembiraan dan keseronokan. Diharapkan, kita mempunyai perasaan yang betul dalam menghadapi alam perkahwinan nanti.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Berpesan-pesanlah kamu sekalian dengan kebaikan terhadap para wanita. Sesungguhnya mereka adalah pembantu-pembantu kamu yang tidak memiliki apa-apa bagi diri mereka sendiri. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”(Riwayat At-Turmuzi)

Dalam hadits ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa isteri adalah amanah Allah taala kepada suaminya. Pengertian amanah di dalam hadits ini boleh kita lihat pula dalam firman Allah taala
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (At-Tahrim : 6 )

Subhanallah!! Bagaimana kita tidak merasa gerun dengan hakikat ini. Untuk menyatakan diri ini telah berjaya untuk memelihara diri dari api neraka adalah terlalu jauh, kini harus pula menerima amanah lain dari Allah taala dan memikul tanggungjawab pula untuk melepaskannya dari api neraka.

Apa pun bentuk amanah, ia adalah suatu yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala. Oleh sebab itu, langit dan seluruh isi dunia tidak sanggup untuk memikulnya.

Seorang mukmin, atas hakikat yang dinyatakan, seharusnya merasa insaf. Oleh itu, rasa seronok dan gembira adalah terlalu ganjil baginya dalam persoalan ini tetapi kenapa perkahwinan ini harus dilaksanakan juga?

Demi Allah, jika tidak kerana kepentingan Islam dan dakwah, jika tidak kerana untuk mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w maka tidak berupaya rasanya untuk memikul amanah ini.

Walau pun amanah ini besar dan pertanggungjawaban terhadapnya menggerunkan, namun kepentingan Islam dan dakwah yang terdapat dalam perkahwinan adalah lebih besar untuk dicapai dan tidak wajar untuk dihalang oleh perasaan gerun yang ada dalam hati.

Semoga langkah kita ini menepati dengan firman Allah taala yang bermaksud
“Jika kau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran : 159)


Kekasihku…

Ingatlah juga, bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita – Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah nucleus bagi masyarakat Islam yang cemerlang.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah, maka ia juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah. Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendokongnya.

Bagi kita ‘Baiti – Daulati’ – Rumahku, Daulahku.

Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita saha terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah sahaja kita akan berjaya. Namun…. sejauh mana Allah taala akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati kehendak-kehendakNya. Oleh itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumah tangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini.


Kekasih….

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada satu – cinta kepada Allah taala. Kalau ia harus mencintai yang lain, maka ia adalah cinta kerana Allah taala. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita – cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang dari tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah taala di padang mahsyar kelak – lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah taala semata-mata.

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita telah diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Kini, ia akan dikukuhkan lagi dengan ikatan perkahwinan. Begitu kukuh ikatan antara kita, adalah terlalu malang jika ia akan diuraikan oleh faktor-faktor keduniaan.

Di hati ini selalu terbisik – berapa lamakah rumahtangga ini akan kita tempoh bersama?

Setiap kali apabila membaca berita-berita dunia, sering kali terpanggil untuk menyahut seruan untuk membela umat Islam di merata dunia- di Bosnia, Kosovo, Chechnya, Palestin dan lain-lain. Mungkin akan tiba satu masa yang mana menyahut seruan ini akan menjadi satu kewajipan yang tidak boleh kita elakkan lagi. Apabila masa ini tiba, ana berharap anti akan kekal bersama. Semoga ana tidak menjadi seperti tiga orang sahabat yang dicela kerana tidak keluar ke medan Tabuk disebabkan kelalaian oleh harta dan rumah tangga (rujuk surah At-Taubah : 118) dan anti tidak menjadi seperti isteri yang dinyatakan di dalam surat At-Taghabun : 14-15 (lihat sebab turun ayat ini).

Diharapkan tempoh pertunangan kita yang beberapa bulan ini mencukupi untuk kita bersama berfikir mengenai apa yang dinyatakan di atas dan menyiapkan diri kita.

Akhir kata, simpanlah surat ini baik-baik semoga ia akan menjadi bahan tazkirah bagi kita bersama, anak-anak kita dan generasi seterusnya.

Semoga Allah taala memberkati rumahtangga ini dan mengurniakan kita kekuatan untuk sama-sama melayari bahtera ini dgn bimbingan dan keberkatan dariNya.


Salam kasih, wassalamualaikum.


______________________________________________


Surat ini diambil dari link dibawah utk renungan kita bersama. Bagi yang nak mendirikan rumah tangga semoga ianya dapat dikongsi bersama..........

http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/132/Surat_Buat_Kekasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...